Laman Utama IPGM

Hadapan

Kakitangan

Kemudahan

Program / Kursus

 

dikemaskini pada 5 Mei 2009

 

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPGM Kampus Darulaman menguruskan empat jenis kursus yang utama, iaitu Latihan Pembangunan Staf (LPS), Seminar/Konferens, Kursus Panjang, Kursus Dalam Cuti dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI).

LPS dijalankan dalam dua kaedah, iaitu dalaman dan luaran. LPS dalaman merupakan sesi-sesi latihan yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat, termasuk kursus, sesi pendedahan, penerangan dan taklimat. Dalam keadaan biasa, LPS dalaman dilaksanakan pada hari Isnin minggu pertama dan ketiga, mengikut keperluan.

LPS luaran adalah kursus-kursus pembangunan staf yang dijalankan di luar kampus yang memerlukan fokus dan masa yang lebih. Biasanya kursus ini dijalankan dalam tempoh 3 hari kerana memerlukan tumpuan khusus semasa kursus ini dilaksanakan.

Seminar/Konferens merangkumi seminar-seminar, bengkel-bengkel, konferens-konferens, kolokium, kursus-kursus pendek dan yang seumpamanya yang dijalankan oleh pihak luar IPGM Kampus Darulaman, dan IPDA dijemput untuk menyertainya. ULDP akan menghantar peserta ke seminar/konferens berkenaan sekiranya seminar/konferens tersebut mempunyai kaitan yang relevan dengan fungsi IPGM, bergantung kepada kemampuan dan keperluan semasa.

Kursus panjang merupakan kursus yang melebihi tempoh tiga bulan termasuk hujung minggu (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 2005). Kursus-kursus ini ditawarkan kepada pegawai-pegawai dalam perkhidmatan untuk tujuan peningkatan profesionalisme. Di IPGM Kampus Darulaman, kursus panjang yang dijalankan termasuklah Kursus 14 Minggu dan Kursus Sijil Perguruan Khas 1 Tahun. Proses pengambilan peserta kursus adalah melalui JPN dan BPG.

Kursus Pendek Kelolaan Institut adalah kursus-kursus pendek yang ditawarkan oleh IPGM Kampus Darulaman kepada sekolah-sekolah yang berada di kawasan operasi IPGM Kampus Darulaman, iaitu sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan yang berada di negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara. Kursus ini dijalankan dalam tempoh satu hingga tiga hari. Sekolah-sekolah yang berminat untuk mendapatkan kursus-kursus yang tersenarai bolehlah mengemukakan permohonan kepada Pengarah IPGM Kampus Darulaman. (KPKI).

 

 



 

 


© copyright 2009 IPGM Kampus Darulaman